Nasi Hayashi
Nasi Hayashi

Nasi Hayashi

Hayashi rice (ハヤシライス, Nasi hayashi) adalah makanan Jepun berupa nasi putih yang dihidangkan dengan kuah pekat daging lembu. Bahan berupa bawang bombay yang ditumis dengan mentega hingga wangi. Daging dimasak hingga empuk di dalam sos demiglace dan sering dicampur sos tomato. Wain anggur merah sering ditambah agar aroma masakan menjadi harum.Nasi Hayashi merupakan salah satu contoh makanan Jepun yang berasal dari Barat. Di Osaka dan Kobe, makanan ini dikenal juga sebagai nasi Haishi. Nasi hayashi merupakan menu popular di restoran keluarga yang menyediakan pelbagai masakan untuk anggota keluarga. Nasi hayashi juga boleh dibuat dengan kuah yang berasal dari bahan dari kotak.Daging lembu selalu digunakan untuk membuat nasi hayashi. apabila daging babi yang digunakan, masakan ini disebut Pork Hayashi. Sayuran seperti cendawan butang atau cendawan shimeji turut ditambah ke dalam masakan daging.